Friday, April 16, 2010

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR.

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi..

Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..

* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja..


Tuesday, April 6, 2010

Rahsia Pemakanan Genius-Genius Islam...

MADU = raja segala ubat sangat bagus untuk minda dpt menghindarkan kepenatan otak untuk berfikir. pantang = jangan makan tembikai semasa menggunakan madu sangat merbahaya

KISMIS = mengandungi zat besi untuk mambina darah ,memastikan oksigen disalurkan ke otak .kekurangan oksigen menyebabkan seseorang itu mudah mengantuk ,pelupa ,lembab,dan mengalami kelemahan berfikir cara makan yg betul = kemam seperti gula-gula tidak berkesan jika dikunyah

SUSU SEGAR = berguna untuk kesihatan otak dan pertumbuhan badan

TELUR = bermanafaat untuk menambah kekuatan otak ,badan dan menjaga keseluruhan kesihatan .

HALIA = ia sangat mujarap untuk gejala kelupaan .cara makan =di makan mentah atau di buat halua

LIMAU OREN = berkhasiat untuk mengemaskan urat2 jantung

BUAH DELIMA = untuk penerang hati

DAGING BURUNG MERPATI = untuk meningkatkan kecerdasan kanak -kanak

OTAK AYAM = boleh di buat penawar sementara bagi gigitan ular

DAGING AYAM BETINA = berkhasiat untuk prestasi otak dan memperbaiki darah

DAGING BIRI-BIRI = meningkatkan kekuatan hafazan

HATI AYAM DAN LEMBU = untuk kesihatn mental dan fizikal

KEKACANG = gajus,berangan,kacang soya,pistachio untuk kecerdasan otak

BUAH BADAM = untuk kecerdasan

LABU = mencerdaskan akal

selain dari itu minyak sapi,sayuran dan buahan segar ,bunga cengkeh,kemenyan putih,bunga kobis juga boleh diamal kan.

Saturday, April 3, 2010

Siapa Paling Manja... Lelaki Atau Wanita..??

Di suatu ketika, pada suatu masa terdapat dua kumpulan iaitu satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan wanita, sedang berdebat atas isu “SIAPA YANG LEBIH MANJA, LELAKI ATAU WANITA”.

Kumpulan wanita menyokong, lelaki lebih manja daripada wanita, sementara kumpulan lelaki pula menyokong wanita lebih manja daripada lelaki. Perdebatan berkenaan kelihatan seperti tiada penghujungnya dan jauh sekali akan tamat. Tiba2 bangun seorang dari kumpulan wanita.

Wanita cantik dan manis, belesung pipit di pipinya serta bertahi lalat di atas bibir dengan senyum menawan pun berkata, “Saya tetap mengatakan kaum lelaki adalah… adalah lebih manja daripada kaum wanita…..

Alasannya…semasa masih bayi dan kanak2, lelaki termasuk suami saya menyusu dengan ibu mereka dan apabila telah berkahwin pun kaum lelaki masih lagi menyusu termasuklah suami saya…..”

He..He..He..

Thursday, April 1, 2010

harith iskandar kahwin julai ini

KUALA LUMPUR: Selebriti komedi terkemuka tanah air, Harith Iskander mengumumkan pertunangannya dengan pemenang Girl Next Door 2009 majalah FHM, Jezamine Lim sekali gus bakal mengahwini doktor dan model profesional berusia 27 tahun itu, pertengahan Julai tahun ini.

Menurut Harith, 43, dia bercadang mengadakan majlis sederhana dengan sekurang-kurangnya 80 hingga 100 tetamu sebaik sahaja menemui lokasi dan tarikh sesuai.

Katanya, mereka berdua bertemu melalui laman sosial, Facebook beberapa tahun lalu sebelum bersua wajah buat pertama kalinya pada 19 Januari tahun lepas.

“Saya tahu dialah wanita yang saya tunggu-tunggu selama ini kerana sudah lama saya mengimpikan isteri baik hati tidak kira bagaimanapun rupa parasnya.

“Akhirnya takdir menemukan saya dengan seorang doktor yang mengabdikan diri kepada pesakit, juga seorang model yang ‘hot’!” katanya kepada mStar Online.

Harith ditemui selepas melancarkan restoran miliknya bersama Jezamine dan rakan baik mereka, Gail Marianne James dikenali Samsaraa Kuala Lumpur di Desa Sri Hartamas, di sini malam ini.

Berkonsepkan dekorasi chic berlatar belakangkan perabot dan perhiasan hitam-merah, Samsaraa menawarkan menu bertema mengikut pilihan selebriti berkenaan seperti The Harith dengan tiga pilihan penyediaan hidangan ayam panggang yang juga makanan kegemaran beliau.

Pengunjung boleh mencuba sama ada Ayam Panggang Kampung yang dihidangkan bersama kentang lenyek, sayuran hijau dan sos kampung rahsia Harith, atau Ayam Panggang Thai (bersama nasi nanas, salad manga dan sos krim) dan Ayam Panggang Barat (wedges kentang, jagung bakar dan sos lada hitam).

ads